Friday 13 June 2008

Bagaimana Seharusnya Artis?


Salam,

Dewasa kini pelbagai cerita mengenai artis telah diutarakan di dalam pelbagai media. Kisah-kisah tentang mereka dipaparkan tanpa memikirkan apakah kesannya terhadap kerjaya mereka. Kerapkali para artis dimalukan sehingga mereka menerima tekanan yang begitu berat yang membuatkan hidup mereka benar-benar terganggu. Ada juga masalah kewangan artis dipaparkan sehingga menyebabkan para audien mungkin percaya bahawa para artis semuanya memang tidak pandai menjaga ekonomi peribadi. Adakah pemaparan sedemikian rupa perlu? Jika anda menonton TV anda mungkin pernah menikmati pelbagai rancangan jenaka yang amat menghiburkan sehingga segala dukalara dan tekanan hidup anda hilang buat seketika sekurang-kurangnya. Tidakkah anda merasa anda patut berterima kasih kepada artis yang telah menghiburkan anda? Artis Malaysia seharusnya dipuji (sudah tentu tidak semuanya) kerana telah berjaya menghiburkan masyarakat. Ada ramai artis yang masih lagi memelihara dan terus memelihara tatasusila walau pun dunia artis kadang-kadang boleh menimbulkan kontroversi!

No comments: