Friday 13 June 2008

Keusahawanan yang harus ada pada artis.


Jika kita semua melihat melalui suatu perspektif boleh juga dikatakan bahawa dunia artis adalah juga dunia keusahawanan. Bayangkan jika seorang artis itu bertungkus-lumus berkerja untuk dirinya dengan idea-idea yang juga datang dari dirinya. Sebenarnya semakin "gila" idea yang dikemukakan maka semakin ramailah yang akan menjadi peminat mereka. Menurut ramai orang 'idea-idea' gila adalah idea yang sememangnya original. Jika kreativiti ini ditambah dengan kesungguhan dan beberapa lagi elemen keusahawanan, maka wajib kita katakan bahawa menjadi artis adalah menjadi seorang usahawan dengan syarat-syarat yang tertentu. Seorang usahawan mementingkan "worth net value" yang ada pada diri mereka. "Net worth value" memberikan nilai setiap "jam" waktu mereka. Jika mereka meletakkan setiap 1 jam sepanjang hari dengan nilai-nilai kewangan maka mereka akan memelihara setiap aktiviti harian agar masa tidak dibazirkan. Sebagai contoh: Seorang usahawan yang meletakkan "target" untuk menjadi jutawan dalam masa satu setengah tahun perlu meraih sekurangnya RM23 setiap jam (24 jam). Jika menonton bola umpamanya boleh menghasilkan sedemikian nilai maka tidak salah mereka berbuat demikian..jika tidak aktiviti berkenaan adalah dikira membuang masa!

Artis luar negara yang menikmati kekayaan


Siapa yang tidak mengenali Mr Bean? Beliau dahulunya ialah seorang pelakon teater dan filem. Setelah nama beliau meletup beliau mencuba pula di dalam bidang lawak sehingga menjadikan beliau sebagai seorang tokoh di dalam bidang ini. Apa yang menarik ialah kesungguhan beliau di dalam menghasilkan seseuatu produksi sehingga menjadi "produksi yang mesti ditonton". Bayangkan bagaimana siri jenaka yang dihasilkan oleh jentera produksi boleh diulangtayang hampir setiap masa di kaca TV seluruh dunia. Beliau menjadi lebih popular apabila muncul pula siri kartun "Mr Bean". Apa yang boleh dipelajari di sini ialah sifat keusahawanan yang ada pada si pelawak bijak ini. Beliau tidak akan menerbitkan sebarang hasil jika didapai hasil berkenaan tidak bermutu. Siapakah artis Malaysia yang boleh 'menjadi' seperti beliau?

Bagaimana Seharusnya Artis?


Salam,

Dewasa kini pelbagai cerita mengenai artis telah diutarakan di dalam pelbagai media. Kisah-kisah tentang mereka dipaparkan tanpa memikirkan apakah kesannya terhadap kerjaya mereka. Kerapkali para artis dimalukan sehingga mereka menerima tekanan yang begitu berat yang membuatkan hidup mereka benar-benar terganggu. Ada juga masalah kewangan artis dipaparkan sehingga menyebabkan para audien mungkin percaya bahawa para artis semuanya memang tidak pandai menjaga ekonomi peribadi. Adakah pemaparan sedemikian rupa perlu? Jika anda menonton TV anda mungkin pernah menikmati pelbagai rancangan jenaka yang amat menghiburkan sehingga segala dukalara dan tekanan hidup anda hilang buat seketika sekurang-kurangnya. Tidakkah anda merasa anda patut berterima kasih kepada artis yang telah menghiburkan anda? Artis Malaysia seharusnya dipuji (sudah tentu tidak semuanya) kerana telah berjaya menghiburkan masyarakat. Ada ramai artis yang masih lagi memelihara dan terus memelihara tatasusila walau pun dunia artis kadang-kadang boleh menimbulkan kontroversi!