Friday 13 June 2008

Keusahawanan yang harus ada pada artis.


Jika kita semua melihat melalui suatu perspektif boleh juga dikatakan bahawa dunia artis adalah juga dunia keusahawanan. Bayangkan jika seorang artis itu bertungkus-lumus berkerja untuk dirinya dengan idea-idea yang juga datang dari dirinya. Sebenarnya semakin "gila" idea yang dikemukakan maka semakin ramailah yang akan menjadi peminat mereka. Menurut ramai orang 'idea-idea' gila adalah idea yang sememangnya original. Jika kreativiti ini ditambah dengan kesungguhan dan beberapa lagi elemen keusahawanan, maka wajib kita katakan bahawa menjadi artis adalah menjadi seorang usahawan dengan syarat-syarat yang tertentu. Seorang usahawan mementingkan "worth net value" yang ada pada diri mereka. "Net worth value" memberikan nilai setiap "jam" waktu mereka. Jika mereka meletakkan setiap 1 jam sepanjang hari dengan nilai-nilai kewangan maka mereka akan memelihara setiap aktiviti harian agar masa tidak dibazirkan. Sebagai contoh: Seorang usahawan yang meletakkan "target" untuk menjadi jutawan dalam masa satu setengah tahun perlu meraih sekurangnya RM23 setiap jam (24 jam). Jika menonton bola umpamanya boleh menghasilkan sedemikian nilai maka tidak salah mereka berbuat demikian..jika tidak aktiviti berkenaan adalah dikira membuang masa!

1 comment:

Rekadapo said...

saya tidak pandai untuk berbicara melalui kata-kata, hanya hasil karya yang dapat menyampaikan maksud yg tersirat.
personally bagi saya, agak sukar untuk diusahawankan seni ini sebab hasl karya adalah ekskusif, kesungguhan diberikan sepenuhnya untuk menghasilkan kerja seni. memerlukan PR untuk diterjemahkan untuk urusan keusahawanan. Maaf sekiranya ayat tunggang langgang. payang untuk menaip hanya boleh di ekspresikan dalam lakaran...:) terima kasih